Thursday, February 10, 2011

Hukum membuka aib

Assalmualaikum.baru-baru ni aku ada ditegur rakan secara direct disebabkn sikap aku ni yang suke dok cerita hal orang lain. so dia kata membuka aib sama la ngan mengumpat dosa ibarat makan daging kawan sendiri. semua tu aku tahu sebenarnya. tapi aku tetap buat gak. huhu macam tak boleh nak kontrol plak. lagi-lagi masa tengah geram dengan orang yang dikata. satu lagi kawan pulak tegur aku ni yang bersangka buruk....sume ni penyakit yang dah menular dalam diri aku ini (cey ayat). hari  ini aku nak kongsi ngan mengkeme semua...tentang membuka aib orang dan bersangka buruk dari sudut islamic cket.


** Rasulullah bersabda: Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan ditutupi aibnya di dunia dan di akhirat (HR Ibnu Majah Juz II/79, shahih).

"Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan siapa yang mengajak kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun, HR Muslim 2674," papar hadis dari shahih Muslim.
firman Allah yang artinya: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi shodaqoh atau berbuat ma`ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia (QS An Nisa: 114).

Bahkan Nabi Muhammad juga mewanti-wanti kepada umat muslim untuk menutupi rahasia (kejelekan) sudara muslim lainnya. Dalam sabda Rasulullah disebutkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang artinya: "Tahukah kamu apakah ghibah atau menceritakan aib orang lain itu? Maka para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."

Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan: Yaitu kamu menyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia benci? Maka ada sebagian sahabat yang bertanya: Beritahukan kepada kami, bagaimana jika yang saya katakan ada padanya? Beliau nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: Jika yang kamu katakan ada padanya, maka kamu telah berbuat ghibah, dan jika tidak ada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah berdusta padanya (HR Muslim).

manakala dalam al-quran pula mengatakan tentang bersangka buruk; 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)
Barangsiapa mengintai-intai keburukan saudaranya semuslim, maka Allah akan mengintai-intai keburukannya. Barangsiapa diintai keburukannya oleh Allah, maka Allah akan mengungkitnya (membongkarnya) walaupun dia melakukan itu di dalam (tengah-tengah) rumahnya”.
(H.R. Ahmad)
“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar”.
Astaghfirullahalazim.......mari sama-sama hindari sifat buruk ini
Assalamualaikum 

Sunday, January 16, 2011

namanya auni batrisyia....aku adalah antara orang yang sangat hepi masa dia lahir. yelaa...baru first time dapat anak sedara la katakan, pulak tu first time jugak la jadi pakcik eh...PAMAN ^__^ hehehehehe
sangat comel macam paman dia kan? kan? ala tolong r kan.....tapi yang penting mak aku cakap mulut dia muncung sejibik! macam mak dia....kakak aku sapa lagi. lahir pada jam 1040 31/12/2010 kira bongsu giler r bagi babies yang lahir tahun 2010. aku masa tu tak tahu lak orang nak melahirkan anak ni ambil masa lama gila...huhu yela masa tu akak aku gi hospital pukul 6 pagi..hehe aku pon tak bangun lagi. bangun je tengok diorang dah takde kat rumah. masa dah tak sabar dah nak pegi hospital gak tapi call abah, dia cakap lambat lagi.....nanti dah setel sume baru boleh tengok....(ala.....) petang tu baru la aku ngan abang and adik aku pegi hospital untuk tengok Auni  di dunia fana ni.Ish teruja betol masa tu..orang Jawa cakap "excited" sangat!!hihihihi.
sepanjang 1 jam kat hospital tu auni asyik tido je geram gak bukak la mata tu tengok paman ko yang ensem ni....kah3. bukan apa nak tengok macam mana rupa mata dia...pastu apa reaksi dia kan yela dah lama tak tengok baby yang baru lahir (ish faham ke kome cite aku ni?) tapi yang den tak pueh ati lagi masa tu....dah hari jumaat tinggal hari sabtu je untuk aku berpeluang tengok dia. (nak balik maktab dah masa tu) :-(
pulak tuh....hospital tak bagi diorang balik rumah lagi...ish!! oleh yang demikian aku lantas mengambil keputusan menjenguk Auni sekali lagi pada hari sabtu hehehe masa tu baru la....dapat tengok dia bukak mata....alahai comel betol!! geram!! hahahaha...pastu seminggu je mak aku pon buat lah kenduri untuk Auni...kenduri marhaban la tak kan kenduri nikah kot kan? kan? kan?? malam tu ngah orang ramai selawat marhaban kat Auni ni....dia boleh je plak tido nyenyak pulak tu...hairan.......
Nak dijadikan cerita esoknya bapak Auni bawa dia gi hospital.... dia punya sakit kuning tu bertambah pulak....owh riso btol aku.....apatah lagi mak dan bapa dia kan? sehinggakan pagi tadi (16/1/11) aku call mak aku katanya Auni ni masih lagi tak sembuh dari sakit kuning tu. tapi mak kata Auni dah semakin cergas (heeee ni yang tak sabar paman dia nak balik rumah ni!!) kalo dengar ura-ura kat kedai makan tadi katanya khamis dan jumaat ni cuti....hehe tula untung nye duduk maktab, orang lain punya raya pon kitorang cuti lama jugak...(lama gak la tuh). So harap-harap la cuti....hehe teman tak sabor nih!!! Ya Allah kau sembuhkanlah Auni Batrisyia.....................Amin.
Auni Sihat-Sihatlah :-)

Tuesday, December 14, 2010

ABC....XYZ

Assalamualaikum. Sebenarnye dah lama nak sambung balik buat blog ni.pada aku rasanya kalau blog ni macam tempat orang nak luahkan perasaan,idea,cerita-cerita dan macam-macam la. dan bagi aku semestinya budak perempuan paling suka buat benda-benda macam ni. Ala masa sekolah rendah dulu diorang ni mesti suka tulis apa yang dalam satu hari tu dalam satu buku senang cite diari la...adoiyai. tapi bila tengok blog-blog bebudak laki pon buat benda yang sama kenapa aku tak boleh buat kan? kadang-kadang aku pon ada gak benda yang aku boleh kongsi nak ceritakan kat orang. sekarang ni macam bosan lak kt FB.  tapi yang membawa masalah nak berblog ni ialah aku agak "rajin" sikit 1:"rajin" membaca
2:"rajin" menulis
HAHAHA.....
baru je aku tulis panjang ni dah rasa nk berenti...hish!!tak apa la ak dengar ad orang boleh dapat duit ngan blogging je cambes!!So sape yang ada terbaca blog ni dan tahu cara nk guna ape NuFFnang?? lantak la ape pon sape yang pro pasal blog ni meh la share sikit. semenjak dok maktab ni aku dah reti la nak buat pendahuluan macam ni. sebab apa nk tau? mestila asik dok buat esaimen je tiap sem muak dah aku. nak dibandingkan dulu masa sekolah, punyalah susah tepaksa tiru kawan nama azam omar..sape kenal?? tak kenal g la bekenalan. bak kata orang kampung aku karangang aku I ALWAYS GOT C IN ESSAYS.....macam tu la. dah la karangan pon dalam bahasa melayu. tapi disebabkan banyak sangat idea yang menerjah masuk tanpa membayar tol telah merosakkan urat saraf dikepala otak aku ini. (dah stat merapu)
ok la senang cite entry ek orang panggil benda ni?or post aku yang kali ini aku nak menentukan hala tuju isi blog ku inih...huhu macam sungguh..takpe tengok jela nanti ahahahhaHA
KEJAP!!
tadi aku tengok dalam post kt FB tanggapan aku........ramai kan orang islam especially orang melayu yang tak tahu pasal agama. contohnya pasal solat.diorang tahu wajib solat....tapi tak tahu macam mana nak solat??kira nya serba serbi tak tahu pasal solat....mak bapak diorang tak ajar ke?kat sekolah ustaz diorang tak ajar ke?(eh terasa lak aku)
NI TEMAN NAK SHARE SIKIT
PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
  • Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
  • Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.