Tuesday, December 14, 2010

ABC....XYZ

Assalamualaikum. Sebenarnye dah lama nak sambung balik buat blog ni.pada aku rasanya kalau blog ni macam tempat orang nak luahkan perasaan,idea,cerita-cerita dan macam-macam la. dan bagi aku semestinya budak perempuan paling suka buat benda-benda macam ni. Ala masa sekolah rendah dulu diorang ni mesti suka tulis apa yang dalam satu hari tu dalam satu buku senang cite diari la...adoiyai. tapi bila tengok blog-blog bebudak laki pon buat benda yang sama kenapa aku tak boleh buat kan? kadang-kadang aku pon ada gak benda yang aku boleh kongsi nak ceritakan kat orang. sekarang ni macam bosan lak kt FB.  tapi yang membawa masalah nak berblog ni ialah aku agak "rajin" sikit 1:"rajin" membaca
2:"rajin" menulis
HAHAHA.....
baru je aku tulis panjang ni dah rasa nk berenti...hish!!tak apa la ak dengar ad orang boleh dapat duit ngan blogging je cambes!!So sape yang ada terbaca blog ni dan tahu cara nk guna ape NuFFnang?? lantak la ape pon sape yang pro pasal blog ni meh la share sikit. semenjak dok maktab ni aku dah reti la nak buat pendahuluan macam ni. sebab apa nk tau? mestila asik dok buat esaimen je tiap sem muak dah aku. nak dibandingkan dulu masa sekolah, punyalah susah tepaksa tiru kawan nama azam omar..sape kenal?? tak kenal g la bekenalan. bak kata orang kampung aku karangang aku I ALWAYS GOT C IN ESSAYS.....macam tu la. dah la karangan pon dalam bahasa melayu. tapi disebabkan banyak sangat idea yang menerjah masuk tanpa membayar tol telah merosakkan urat saraf dikepala otak aku ini. (dah stat merapu)
ok la senang cite entry ek orang panggil benda ni?or post aku yang kali ini aku nak menentukan hala tuju isi blog ku inih...huhu macam sungguh..takpe tengok jela nanti ahahahhaHA
KEJAP!!
tadi aku tengok dalam post kt FB tanggapan aku........ramai kan orang islam especially orang melayu yang tak tahu pasal agama. contohnya pasal solat.diorang tahu wajib solat....tapi tak tahu macam mana nak solat??kira nya serba serbi tak tahu pasal solat....mak bapak diorang tak ajar ke?kat sekolah ustaz diorang tak ajar ke?(eh terasa lak aku)
NI TEMAN NAK SHARE SIKIT
PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
  • Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
  • Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:
1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

No comments:

Post a Comment