namanya auni batrisyia....aku adalah antara orang yang sangat hepi masa dia lahir. yelaa...baru first time dapat anak sedara la katakan, pulak tu first time jugak la jadi pakcik eh...PAMAN ^__^ hehehehehe
sangat comel macam paman dia kan? kan? ala tolong r kan.....tapi yang penting mak aku cakap mulut dia muncung sejibik! macam mak dia....kakak aku sapa lagi. lahir pada jam 1040 31/12/2010 kira bongsu giler r bagi babies yang lahir tahun 2010. aku masa tu tak tahu lak orang nak melahirkan anak ni ambil masa lama gila...huhu yela masa tu akak aku gi hospital pukul 6 pagi..hehe aku pon tak bangun lagi. bangun je tengok diorang dah takde kat rumah. masa dah tak sabar dah nak pegi hospital gak tapi call abah, dia cakap lambat lagi.....nanti dah setel sume baru boleh tengok....(ala.....) petang tu baru la aku ngan abang and adik aku pegi hospital untuk tengok Auni di dunia fana ni.Ish teruja betol masa tu..orang Jawa cakap "excited" sangat!!hihihihi.
sepanjang 1 jam kat hospital tu auni asyik tido je geram gak bukak la mata tu tengok paman ko yang ensem ni....kah3. bukan apa nak tengok macam mana rupa mata dia...pastu apa reaksi dia kan yela dah lama tak tengok baby yang baru lahir (ish faham ke kome cite aku ni?) tapi yang den tak pueh ati lagi masa tu....dah hari jumaat tinggal hari sabtu je untuk aku berpeluang tengok dia. (nak balik maktab dah masa tu) :-(
pulak tuh....hospital tak bagi diorang balik rumah lagi...ish!! oleh yang demikian aku lantas mengambil keputusan menjenguk Auni sekali lagi pada hari sabtu hehehe masa tu baru la....dapat tengok dia bukak mata....alahai comel betol!! geram!! hahahaha...pastu seminggu je mak aku pon buat lah kenduri untuk Auni...kenduri marhaban la tak kan kenduri nikah kot kan? kan? kan?? malam tu ngah orang ramai selawat marhaban kat Auni ni....dia boleh je plak tido nyenyak pulak tu...hairan.......
Nak dijadikan cerita esoknya bapak Auni bawa dia gi hospital.... dia punya sakit kuning tu bertambah pulak....owh riso btol aku.....apatah lagi mak dan bapa dia kan? sehinggakan pagi tadi (16/1/11) aku call mak aku katanya Auni ni masih lagi tak sembuh dari sakit kuning tu. tapi mak kata Auni dah semakin cergas (heeee ni yang tak sabar paman dia nak balik rumah ni!!) kalo dengar ura-ura kat kedai makan tadi katanya khamis dan jumaat ni cuti....hehe tula untung nye duduk maktab, orang lain punya raya pon kitorang cuti lama jugak...(lama gak la tuh). So harap-harap la cuti....hehe teman tak sabor nih!!! Ya Allah kau sembuhkanlah Auni Batrisyia.....................Amin.
Auni Sihat-Sihatlah :-)
No comments:
Post a Comment